Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..

Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..
=)

Sunday, 27 March 2011

Hidupku segalanya milik Dia…


Shallom teman-teman semua…salam damai dalam kasih Tuhan Yesus….
Saya senang sekali untuk berkongsi dengan kita semua bagaimana Tuhan Yesus telah mengubah hidup saya melalui Transformation Camp. Apa yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya alami selepas mengikut Tcamp yang pertama kali diadakan iaitu dirumah Cikgu Jac pada 8 – 10 / Julai / 2011.
Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Nama saya Juprinika Tain. Saya berasal dari Kundasang, Ranau. Nama panggilan saya nonie, dan saya menuntut di UiTM Sabah sejak Julai 2009 dalam Diploma Public Administration dan akan menamatkan pengajian pada hujung tahun 2013 ini dalam Krusus Bachelor in Admin Science and Policy. Syukur atas pimpinan Tuhan sepanjang pengajian saya dan saya yakin pasti semuanya dipermudahkan oleh Bapa disyurga. Dan ya , saya berbangsa dusun.
Sebenarnya saya punya kerinduan untuk bersaksi secara face to face kepada sahabat semua tentang apa yang saya alami selepas mengikuti Tcamp yang pertama kali diadakan ini namun mungkin belum tiba masanya, dan lagipun kesempatan untuk menulis kesaksian ini rasanya satu cara Tuhan untuk memberikan saya serta kawan-kawan  satu peluang untuk berkongsi dan menyatakan perubahan yang Tuhan telah jamah dalam kehidupan kami lewat Tcamp ini.
Pada 8hb - 10hb Julai 2011 saya serta lima orang kawan mewakili Prayer Meeting Group (PMG) UiTM datang mengikuti kem ini yang pada mulanya hanya dikenali sebagai kem kepimpinan. Hanya pada hari terakhir, kem ini diputuskan dengan satu nama iaitu Transformation Camp. Segalanya masih segar diingatan saya walaupun sudah hampir 2 tahun berlalu kerana bermula disanalah setiap hari bagi saya adalah satu titik permulaan yang baru dalam hidup saya.
Sepanjang kem itu, pelayanan Pastor Ong, Sis Juliana, aunt Ros dan teman yang lain secara peribadi begitu memberkati saya walaupun kawan-kawan yang lain baru sahaja berkenalan tapi terasa seperti ada satu ikatan antara sesama yang akhirnya dieratkan dalam kem ini. Saya ingin kongsikan bahawa  SAYA BUKAN SAYA YANG DULU LAGI ! ya, nama saya masih tetap nonie dan tiada yg berubah dari segi fizikal tapi saya ingin katakan bahawa diri saya sepertinya satu gelas kosong yang diisikan dengan air sehingga penuh. Maksudnya, sebelum saya datang mengikut kem ini, saya sudah kosongkan seluruh hidup saya dan datang untuk dipenuhkan oleh berkat yang dari Tuhan. Dan syukur, saya pulang dengan membawa satu perubahan yang sangat besar dalam hidup saya.
Saya dilahirkan dalam keluarga Kristian dan pada umur 15 tahun saya dibaptis. Sejak itu saya semakin aktif dalam pelayanan pelajar hinggalah Tuhan buka jalan untuk saya melanjutkan pelajaran di UiTM. Saya sedar waktu berjauhan dari keluargalah saatnya kesaksian hidup saya dan keteguhan iman sangat penting. Saya punya satu prinsip bahawa pengajian dan pelajaran adalah pelayanan saya sebagai seorang pelajar dan saya percaya kunci keberhasilan dalam pelajaran adalah takut akan Tuhan ( Amsal .1.7). Sepanjang berada di UiTM, saya melibatkan diri dalam persekutuan PMG iaitu pelayanan pelajar protestant dan persekutuan ini sangat membantu saya dalam pertumbuhan iman. 
Walaupun begitu, saya akui sebagai seorang manusia biasa yang penuh dengan keterbatasan masih banyak hal kerohanian yang saya tidak mengerti dan masih banyak dosa yang saya lakukan. Segala keluhan, kelalaian, dan keraguan sentiasa mengejar saya dalam kehidupan seharian. Setiap kali masalah datang, saya mengeluh dan ada keraguan dalam hati..adakah saya mampu? saya tidak punya apa-apa dan sebagainya. Saya andalkan kekuatan saya sendiri dan berjalan tanpa memegang tangan Tuhan. Setiap kali saya mengeluh saya terus lalai untuk balik kepada Tuhan Yesus, saya lalai untuk berdoa dan merenungkan FirmanNya. Namun, Tuhan Yesus sangat baik. Dia tetap menyertai saya dan menyedarkan saya betapa besar KasihNya dalam hidup saya sehingga saya tetap berbalik kepada pengajaranNya.  
1 Petrus 2 . 9
Tetapi kamulah bangsa terpilih , imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib.
Sesi pertama ini adalah salah satu pelajaran Firman Tuhan yang Pst Ong berikan dan masih segar difikiran saya. Melalui Firman Tuhan ini,  saya dibaharui dan setiap hari diperingati bahawa sayalah umat pilihan Allah, sayalah bangsa yang kudus, dan imam dalam pelayanan saya, sayalah yang Tuhan hantar untuk membritakan perbuatan-perbuatanNya yang besar..lalu untuk apa saya merasa ragu lagi? Untuk apa saya mengandalkan kekuatan saya sedangkan anugerah itu sudah Tuhan berikan? Untuk apa saya masih melihat pada kelemahan dan kekurangan saya sedangkan Tuhan ada untuk menopang hidup saya? Dan kenapa saya tidak pernah menunjukkan satu kesaksian yang baik dalam kehidupan saya? Saya sedar saya perlu berubah waktu itu juga. Dan saya masih ingat Pst Ong katakan, jangan pernah mengatakan kau belum bersedia jika ada pelayanan diberikan kepadamu. Jika kau disuruh berdoa, memimpin persekutuan, memberikan sharing, melangkah ke luar untuk menginjil, jangan pernah katakan KAU BELUM BERSEDIA! Dengan suara yang keras, Pastor menunjukkan jari telunjuknya tepat di depan kepala saya kerana waktu itu saya duduk dibarisan hadapan. Aduh, sungguh Firman Tuhan adalah pedang bermata dua. Saya tertikam dan rasa sangat tertegur.  Terasa seperti Tuhan menjadikan diri saya sebagai focus Firman Tuhan itu disampaikan.
Gal 5:22-23
Tetapi Buah Roh ialah kasih: sukacita,damai sejahtera,kesabaran,kemurahan,kebaikan,kesetiaan,kelemahlembutan,penguasaan diri. Tidak ada Hukum yg menentang hal-hal itu.
Ini juga salah satu Firman Tuhan yang menguatkan saya. Walau bukan sepanjang masa saya mampu lakukan ini, tapi saya tetap berusaha untuk punya buah-buah roh dalam kehidupan ini.
Tidak cukup dengan Firman Tuhan yang menegur dan mengajar, saya juga dikuatkan dan belajar satu hal yang baru iaitu karunia lidah. Pada waktu itu, sebaika sahaja saya tahu, akan ada sesi pembelajaran karunia lidah, Jujur  pada mulanya saya ada keraguan dan pertanyaan dalam hati..mampukah saya berkata-kata dalam bahasa roh? Adakah saya punya karunia itu? Selain itu, saya juga ada perasaan risau jika saya tidak mampu kerana takut orang lain akan menggunakan itu sebagai satu ukuran pada iman saya. Namun pst Ong mengajar bahawa semua orang punyai karunia itu dan tiada yang terkecuali. Dia juga katakan disaat kita berbahasa roh, segala iblis dan penguasa dunia tidak akan faham apa yang kita cuba katakan. Pastor juga katakan bahawa jika kita tidak berbahasa roh, itu bukan ukuran imanmu katanya. Lalu semasa berdoa, saya dengan penuh kerendahan hati berkata kepada Tuhan..Bapa, pakai saya seturut kehendakMu..pakai hati saya, pakai fikiran saya dan pakai lidah saya agar saya mampu memuliakan namaMu..amen. sungguh Roh Kudus bekerja dan semasa berbahasa roh, segala bebanan dan pergumulan saya katakan dan luahkan segalanya kepada Tuhan tapi saya tidak tahu sepatah pun perkataan yang saya katakan, yang saya tahu saya datang kepadaNya, bersyukur dan meletakkan segala sesuatu di tangan Tuhan. Selesai sesi pembelajaran itu, dalam hati saya bahasa itu masih berterusan dan berterusan sehingga saya menangis walau lagu pujian dinaikkan. Saat itu saya sangat bersyukur, gembira dan terasa sangat segar. Transformasi yang saya alami sangat terasa, nyata dan ya, sangat indah. Sepertinya Tuhan berada disebelah saya dan tersenyum dengan penuh kasih melihat saya ketika itu.
Perkara kedua yang saya pegang dan usahakan hingga pada waktu ini adalah diwaktu Pstr Ong menyampaikan nubuat Tuhan dalam kehidupan saya. Waktu itu saya berdiri di barisan kedua dan ada beberapa teman disebelah saya. Waktu itu saya akui, saya punya keraguan dalam hati, benarkah ada sesuatu yang Tuhan inginkan berlaku dalam kehidupanku? Benarkah itu dari Bapa? Seorang demi seorang teman menerima nubuatan dalam hidup mereka, dan semakin hati ini tidak ketentuan….lalu sampai pada satu masa saya katakan kepada Tuhan, “ Bapa disyurga, anakMu ini inginkan dua jawapan yang selalu menjadi persoalan hidupku..pertama, kataMu rancanganMu adalah damai sejahtera dan bukan kecelakaan, maka Tuhan apakah halatuju kehidupanku yang akan datang? Apakah yang akan aku lakukan untuk terus memuliakan namaMu? Yang kedua, Tuhan aku sedar aku berdosa, aku lemah, aku selalu membuatMu menangis, aku selalu mengeluh dan merasakan hidupku tidak seindah yang aku impikan..kenapa itu berlaku Tuhan?” selepas aya berdoa waktu itu, perasaan saya tenang, fikiran saya kosong dan terasa damai dalam hati..saya menunggu dan diwaktu Pst Ong berdiri didepan saya dan menjamah kepala saya..Pstr mengatakan pada saya seperti ini “anakku, Tuhan mengasihi engkau”..pada waktu itu saja, saya diam dan tetap mendengar tanpa ragu..pstr berkata lagi “engkau akan berdiri dihadapan semua orang dan mengajarkan pelajaran bagi mereka “ okay, soalan pertama saya terjawab.. Pstr meneruskan lagi “ kamu kurang merenungkan Firman Tuhan.. bagilah waktu untuk membaca dan merenungkan Firman Tuhan kerna itulah satu-satunya jawapan persoalan  hidup kita..” soalan kedua saya terjawab.. di saat itu, saya diam dan kaku..Pstr menjamah kepala saya dan saya terduduk tanpa air mata..saya terasa sangat terharu sampai tidak terkata-kata..bodohnya saya kerana tidak menyakini nubuat Tuhan dalam kehidupan saya..lihat, kedua-dua persoalan hati saya dijawab waktu itu juga! Terasa sebak didada tapi saya tidak dapat mengeluarkan air mata lalu saya berlari masuk tandas dan mencuci muka..waktu itu terasa nafas saya sesak, saya ingin menangis tapi tidak dapat sampai saya pukul dada saya berkali-kali..bila saya keluar dari tandas saya terus mendekati teman-teman dari UiTM, seorang daripada teman saya itu melihat wajah saya dan dia berkata “ nonie, jangan tahan..menangis saja”..waktu itu, serta merta air mata saya jatuh dan saya menangis dibelakang teman saya itu. Betapa ketika itu saya rasa Tuhan sangat mengasihi saya..sangat mengasihi saya…

Sebaik sahaja balik dari Kem itu, saya sangat dipenuhi dengan sukacita sebab saya dapat rasakan ini satu lagi permulaan dalam kehidupan saya. Tapi saya hairan sebab sampai saja dibilik saya rasa masa itu fikiran saya sangat lapang, seperti tiada apa-apa masalah sedangkan sebelum tiu saya sentiasa risau mengenai pelajaran saya. Fikiran saya seperti terbang-terbang tapi penuh dengan misi dan visi yang baru dan waktu itu saya senyum hingga ke telinga..

Karunia lidah yang telah Tuhan berikan, juga nubuat yg Tuhan sampaikan bagi saya melalui Pastor Ong macam terngiang2 di fikiran saya. saya rasa seperti tidak puas mau memuji Tuhan pada waktu itu, sampai saja di bilik saya terus berdoa dan air mata saya mengalir tidak berhenti. Hati saya rasa betul-betul sebak dan waktu itu sekali lagi bahasa roh yang Tuhan berikan ada di bibir saya dan air mata saya makin laju jatuh. Saat itu saya memaafkan seoranag kawan saya yang saya tidak senang, saya menangis minta maaf dari Tuhan kerana pernah membenci kawan saya itu, yang indahnya sebaik saja saya habis berdoa, kawan saya itu masuk ke dalam bilik saya dan bercerita seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. sungguh Tuhan mendengar doa saya ! saya tidak dapat tahan air mata saya waktu itu  dan saya menangis. kawan saya itu berdiri di depan saya, dan kehairanan. Perasaan malu dan sikap ego saya pada waktu itu masih berbaki dalam hati lalu saya ambil alasan untuk mandi. Tapi dalam hati saya sangat bersyukur  hingga ke hari ini antara kami tidak berlaku salahfaham lagi.
Sentuhan Kasih Tuhan dalam hidup saya sangat indah, sejak balik dari kem itu kini saya seperti tidak dapat berpisah dengan Alkitab saya, setiap kali naik di atas katil mesti saya akan membaca paling kurang 3 pasal ayat firman Tuhan. Waktu Pastor Ong menyampaikan nubuatan pada saya, dan menyatakan bahawa Tuhan mahu saya merenungkan Firman Tuhan dengan lebih lagi, hati saya waktu itu sangat sakit, sebak, dan rasa bersalah, seperti Tuhan sedang menangis melihat saya sebab saya jarang merenungkan Firman-Nya. Mula dari saat itu, saya memilih untuk mengambil masa dalam sehari untuk merenungkan Firman Tuhan, dan syukur itu yg saya lakukan sejak dari hari itu.
Saya sendiri hairan dengan perubahan yang saya alami .. Kawan-kawan yang adakalanya menyakitkan hati , tidak lagi menyakitkan hati saya namun saya rasa sangat mengasihi mereka walaupun adakalanya kedagingan itu tidak dapat dilawan namun saya tetap yakin dan berusaha melawan godaan si iblis..
Terima Kasih kepada teman2 yang selalu mendoakan saya dan mohon bantuan doa dari kamu semua.. jujur saya katakan saya ada perasaan takut yang tersangat takut waktu ini, saya takut saya berubah, saya takut saya tidak dapat kekalkan keadaan seperti ini, saya takut ini segalanya hanya di sini.. saya mahu kekalkan macam ini, sentiasa mempunyai kerinduan yang sangat dalam untuk memuji menyembah Tuhan dan mendapat kehidupan yang kekal (pengenalan akan Tuhan Yesus yang mendalam)
Terima kasih Bapa untuk segala yang Engkau telah berikan dalam hidupku…
Open the eyes of my heart, Lord
Open the eyes of my heart
I want to see You
I want to see You

Open the eyes of my heart, Lord
Open the eyes of my heart
I want to see You
I want to see You

To see You high and lifted up
Shinin' in the light of Your glory
Pour out Your power and love
As we sing holy, holy, holy

Thank you Jesus...

terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca..dan mohon maaf jikalau ada ayat mahupun perkataan yang sukar difahami..^^

Tuhan Yesus memberkati dan menyertai kita semua sampai marantha~

SEKIAN SAHAJA KESAKSIAN SAYA..

Wednesday, 9 March 2011