Perkongsian dan Renungan diawal November~
"MASA ITU KASIH"--->"KASIH ITU MASA"
Efesus 5.16
dan pergunakanlah waktu yang ada, karena hari-hari ini adalah jahat.
~Banyak orang katakan "Masa itu Emas"..kenapa ? kerana emas itu sangat berharga, bernilai dan seringkali dikejar dicari dan dijadikan satu impian...
~zaman berubah, ramai orang mengubah lagi statement itu menjadi "Masa itu Minyak", dan ada pula yang katakan "Masa itu Gula".. kenapa? kerana minyak dan gula semakin tinggi nilainya, dan kadang2 sukar untuk didapat..maka ertinya sungguh bernilai dan berharganya minyak dan gula itu..
~Lalu, masa itu dapat mengertikan sebagai satu hal yang sangat bernilai,berharga, tidak akan pernah hilang, sentiasa ada dan harus dikejar, dipergunakan sebaiknya..masa akan sentiasa berjalan kerana ia hadir dan wujud, masa tidak akan pernah menunggu kita..ia sentiasa berjalan dan berterusan..
~KASIH, memiliki KASIH adalah satu hal yang sangat penting..tanpa KASIH, kita tidak akan dapat hidup sejahtera dengan orang sekeliling, tanpa KASIH kita tidak akan dapat mencapai keseimbanganan dalam pemikiran, perlakuan, dan pertuturan kita...kenapa? kerana KASIH menuntut kita untuk sabar, murah hati, tidak cemburu, tidak meninggikan diri, tidak sombong, sentiasa sopan, tidak pentingkan diri sendiri, tidak pemarah, tidak berdendam dan juga sentiasa bersukacita dengan semua hal..dan yang paling penting dengan adanya KASIH, Tuhan Yesus telah memberikan hidupnya untuk saya dan saudara, kerana KASIH Tuhan Yesus sanggup berkorban untuk saya dan saudara, dan kerana KASIH saya dan saudara dapat hidup hingga ke hari ini...
~sepertimana pentingnya masa itu, begitulah pentingnya, bernilainya, dan berharganya KASIH itu dalam kehidupan kita..tapi untuk katakan "Masa itu KASIH" tidaklah sesuai kerana KASIH adalah segala-galanya, KASIH melebihi segalanya..maka katakan "KASIH ITU ADALAH MASA"..
~Selagi ada masa, pergunakanlah waktu yang ada untuk mempergunakan masa itu untuk saling mengasihi dan juga untuk bertindak untuk suatu hal yang baik...jika pada bulan Oktober, september, dan bulan2 yang lalu kita belum gunakan masa yang ada, belum bertindak, belum start enjin maka bulan november ini mulailah pekerjaan kita, tidak kira untuk realiti hidup atau untuk iman dan rohani kita...
~Masa tidak akan pernah menunggu~ Pergunakanlah sesaat yang akan datang dengan segala yang kita ada dan sebaik yang mungkin..melangkah, bertindak, berubah, dan kekalkan !
Ayat rujukan: pengkhotbah 3. 1-15, 1 korintus 13.1-13,
~selamat pagi dan selamat melangkah ke bulan november teman2 sekalian~ Tuhan Yesus memberkati~ :)
No comments:
Post a Comment