Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..

Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..
=)

Friday, 29 March 2013

I miss kura-kura....

so much....:(

Kura-kura...

DIA..........yang ku.....................dan akan selamanya aku.................walaupun kini kami...............namun kutahu pasti.............bahawa segalanya akan.....................tahukan engkau kura-kura ?aku tidak .....................kerna aku sangat.....................tulus..................ikhlas....................................bagaimana ingin aku..........................?jika saat ini.........................hatimu...................................!huu..dimanakah silap.................mungkinkah aku...............maafkan aku........................................x

Batas kekuatanku........

Sungguh...kesakitan dalam hati ini tiada siapa yang tahu..mungkin bila coretan ini dibaca, mungkin semua orang akan tahu bahawa hati ini sangat sakit...namun dapatkah mereka merasakan kesakitan yang benar-benar aku rasakan?

Dalam banyak cabang hidup ini, kesakitan akan sentiasa menyentuh hati kita..keluarga, pelajaran, kewangan, kesihatan, perhubungan, peribadi dalam bersahabat dan juga dalam percintaan...manusia diberikan TUHAN satu perasaan yang sangat cepat terluka terutamanya wanita...oh hati...bagaimana meletakkanmu disatu dasar yang tetap kuat? kadang-kadang upayaku untuk melakukan semua itu sangat terbatas...aku tidak mampu, aku tidak punya kekuataan untuk berhadapan dengan perkara yang menyakitkan hati ini....mungkin masih ada banyak kesakitan didunia ini yang mampu merobekkan hati dan perasaan...tapi tika ini aku gagal terhadapa kesedihan dan kesakitan atas percintaanku......

Dalam hati ini, punya satu kemahuan, satu keinginan untuk mencintai, mengasihi, menyayangi dan ingin dicintai, dikasihi, dan disayangi...hingga satu masa, satu saat hati ini dimiliki..seluruh hati dan perasaan ini berbunga-bunga dan sangat bahagia...namun benarlah apa orang katakan " Orang yang akan menyakitkan hatimu dengan begitu tajam sekali adalah mereka yang pernah menyentuh hatimu"..arghh...! aku sepatutnya menyediakan hatiku untuk berhadapan situasi begini...aku sepatutnya tahu!

Sakitnya...luluhnya hati ini hanya Tuhan yang tahu....
Benar ! hanya TUHAN yang tahu dan hanya Dia yang dapat mengembalikan sinar hidupku.....
mungkin selama ini TUHAN sudah memberikan aku masa, ruang, peluang untuk melakukan yang terbaik dalam hubungan kami...namun mungkin semua itu berpunca dariku juga..aku tidak mampu menjaga hubungan dengan dia yang mana akan memuliakan nama TUHAN sebaliknya menjauhkan dari TUHAN..

OH LORD JESUS...I am sorry...I am sorry... I am sorry..I can't be the best for him..I failed..failed and failed...Aku gagal membawa hubungan kami dalam penyertaanmu..aku gagal memuliakan namaMU dalam hubungan kami...aku gagal..maafkan aku TUHAN...air mata ini tidak akan dapat menghapuskan luka dihati dan aku tahu semua ini tidak akan berulang lagi...tidak akan berulang lagi...oh Tuhan, masihkah aku ada peluang untuk memperbaiki lagi?

Semua berlaku pasti ada rencana TUHAN yang indah disebaliknya..pasti...!
Walaupun hati dan perasaanku tika ini sangat sakit..namun jauh disudut hatiku...aku tahu dan aku tidak akan lepas-lepas berharap dan aku yakin ..aku yakin..aku yakin...dan aku yakin...TUHAN YESUS masih ada disampingku..Dia mengerti dan Dia peduli hatiku, perasaanku, sedihku...Dia masih ada menjagaku..dan selama Dia menjagaku aku tidak akan jatuh tersungkur lama..walaupun saat ini aku seringkali tersungkur..namun Dia tetap bersamaku , dan aku akan tetap berusaha untuk berdiri...tetap berusaha untuk berdiri!.....

Aku tahu bahawa disaat aku berada di BATAS KEKUATANku...TUHAN YESUS tidak akan pernah meninggalkan aku...dia..dan juga hubungan kami...YESUS MY BESTFRIEND....

Friday, 15 March 2013

Oh no...

^___^ in life....

selalu ada masa untuk semua hal...
time to feel happy, sad, excited, lonely, bored and everything... and now maybe this is the time for me to feel confius..oh no..what should I do ? hehe...I wish I can make a good choice... but ..OOHH NOOO...hehehe..I'm so confiuss....

Monday, 11 March 2013

Kasih Yesus....

Satu yang sungguh berharga dalam hidupku....
satu yang tidak pernah tergantikan...
satu yang tidak akan pernah terhapus..
sebaliknya Ia kekal selamanya....

Disaat segala kelam, gelap, tidak ada jalan dalam hidupku, Kasih Tuhan Yesus tidak pernah habis dalam hidupku..walau banyak tentangan hidup, banyak cabaran dalam perjalanan hidupku namun ku tahu Allah turut bekerja dalam segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada orang yang percaya dan bersandar sepenuhnya kepada Dia...


Kasih Tuhan Yesus nyata dalam hidupku seperti nafas baru yang diberikan setiap pagi dalam tubuhku....


KasihMU YESUS indah bagiku,

KasihMU YESUS melebihi segalanya,
tak dapat ku bayar dengan kebaikanku
selain hidupku, kuserahkan kepadaMU

Pakailah hidup ini seturut kehendakMU,

jadikan ku berharga dimataMU YESUS,
menyatakan kasihMU, pada semua orang,
KasihMU YESUS mengubah hidupku..

Coretan Teratai....

Segalanya dimulakan.........
Perkenalan antara si kura-kura dan teratai bermula apabila si teratai mula mendiami sebuah kolam disebelah si kura-kura menetap.. segalanya indah bagi si teratai, adanya si kura-kura membuatkan hidupnya terasa sangat indah, segala suka duka ketika keseorangan terasa hilang begitu saja.
dalam lubuk hati si teratai, si kura-kura seperti satu jawapan Tuhan dalam hidupnya..disaat si teratai berkata.." Tuhan, teratai tidak meminta lebih..tapi teratai impikan teman yang kenal Engkau..dan sempurna dimata teratai " doa itu selalu berbicara di hati si teratai sejak dirinya ditinggalkan si Sampan .. ksempurnaan si sampan ternyata tidak menjanjikan apa-apa kepada si teratai kerana sampan punya kerosakan pada badannya iaitu bocor, itu menyebabkan si teratai mengucapkan selamat tinggal kepada si sampan.. ketiadaan si sampan dalam hidup si teratai sangatlah menyeksakan dirinya, sehingga si teratai menutup seluruh hatinya pada siapajua..kadang-kadang si teratai berharap agar kebocoran pada hidup si sampan akan pulih namun dia sendiri tahu bahawa itu adalah satu yang sangat mustahil....

Bertahun-tahun lamanya si teratai menyimpan ruang dalam hatinya untuk si sampan dengan soalan "mungkinkah sampan akan kembali dekat dengan teratai?" ..jawapan pada persoalan itu sebenarnya sudah ada pada teratai, dia tahu bahawa Tuannya tidak akan sekali-kali meletakkan si teratai bersama si sampan kerana hakikatnya si sampan sudah rosak...masa berlalu...si teratai terus menjalankan hidupnya..banyak teman silih berganti datang di kawasan kolamnya itu..ada yang datang hanya mengotorkan air si teratai iaitu si kerbau..ada pula yang datang iaitu si daun namun hanya sekejap, arus air hujan telah membawa si daun pergi.... Teratai tetap dengan caranya...


Hinggalah suatu ketika, si Teratai berkenalan dengan si kura-kura yang tinggal disebelah kolam..tempoh perkenalan yang sangat singkat meninggalkan kesan di hati si teratai..namun teratai hanya menanggap itu perkara biasa..wajah si sampan masih kuat dalam hatinya.. sewaktu perkenalan itu, si teratai juga telah berkenalan dengan si jambatan kecil yang telah menyambungkan kolam teratai dan kura-kura..pada masa yang sama teratai sudah ada teman iaitu si kura-kura dan si jambatan... masa berlalu..kehadiran si kura-kura dan si jambatan telah menyerikan lagi hati si teratai, dia sudah punya teman..teman yang sangat memahami dirinya....semakin lama si teratai semakin senang bersama dengan dua orang temannya itu..pada suatu masa, si kura-kura mengatakan bahawa dia ingin menemani si teratai sebagai seorang teman hidup kerana dia sayang si teratai..si teratai mulanya dalam keadaan keliru dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan..kerana dalam hatinya masih ada wajah si sampan..teman lamanya... namun, seketika bila berdiam, berbicara dalam hatinya..dengan senang dan rela hati si teratai menerima si kura-kura...lalu seperti satu air yang kuat menyirami tubuh, hati dan fikiran si teratai..hatinya terasa sangat bahagia bila si kura-kura mahu menemaninya..namun masa yang sama sedikit berbekas dihati si teratai mengenai si jambatan..setelah teratai menerima si kura-kura, barulah perasaan masing-masing dinyatakan..memang dalam hati si teratai si jambatan juga sangat istimewa..walaupun si jambatan tidak pernah melihat si teratai betul-betul di depannya..namun si teratai telah jatuh cinta dengan kebaikannya..sungguh jika boleh, teratai sangat berharap si jambatan akan menemukan teman yang lain tapi miliki hati dan peribadi seperti si teratai sendiri..kerana kini teratai sudah mula memberikan hatinya pada si kura-kura...


Kura-kura dengan perwatakannya yang sangat simple telah menarik hati si teratai..hinggalah pada satu ketika si kura-kura mahu si teratai untuk melepaskan segala-gala yang tertinggal milik si sampan..lalu waktu itulah..teratai berdoa untuk melupakan segalanya tentang si sampan dan nyatanya teratai telah miliki satu hati yang baru..dan miliknya adalah si kura-kura..mulai dari saat itu si teratai berkomitmen untuk terus setia bersama dengan si kura-kura..doanya setiap hari adalah untuk kekal bersama dengan si kura-kura dan dia tidak mahu pisang berbuah dua kali..tidak mahu dirinya ditinggalkan lagi...perasaan sayang dan kasih semakin hari semakin bertambah...


Kura-kura sewaktu pertama kali melangkah ke kolam si teratai terdiam seketika sewaktu pertama kali melihat si teratai..begitu juga si teratai.. kedua-duanya dalam melihat di mata masing-masing bahawa ada satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan..pertemuan yang pertama kali itu memberikan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan...bila bersama terasa sangat indah..bila berjauhan walaupun berada dalam satu tempat yang sama seolah-olah terasa sangat jauh..dalam tempoh 5 hari bersama terasa seperti hanya sejam..segala langkah bersama terasa sangat bermakna...


Hinggahlah ke hari kini..si teratai dan kura-kura saling sayang..namun kerana jarak dan masa yang sentiasa menjadi pengantara telah sedikt mengoncang segala antara mereka...ada waktu menangis sendiri, ada waktu ketawa bersama, ada waktu tidak sefahaman, ada waktu perasaan bosan, keliru, tidak pasti, tidak percaya, ragu itu muncul di hati masing-masing...tapi teratai tahu perkara seperti itu hakikatnya memang akan dilalui..tapi untuk berdiam dan mengikut arus bukanlah yang terbaik sebaliknya usaha dan usaha dan usaha untuk mempertahankan yang terbaik itulah yang terbaik harus dilakukan.............


Teratai, kura-kura, dan jambatan...satu hubungan yang nyata tiada siapa tahu apakan akhirnya...kadang-kadang kehendak hati adalah yang kiri, kadang-kadang pula yang kanan.. untuk mencapai satu objective itu memang ada, untuk menetapka hati untuk yang satu memang sudah ada, untuk berkomitmen untuk yang satu memang sudah ada.. segalanya mampu dilakarkan sendiri dengan jayanya dan berhasil... namun disebalik semua itu, hari-hari yang akan mendatang tiada siapa tahu..mengkinkah? mungkinkah? dan mungkinkah? banyak kemungkinan akan timbul di hati dan fikiran namun yang pasti sayang, cinta, kasih itu hanyalah untuk dia yang layak..siapakah? kura-kura ? jambatan? ...............tiada siapa yang tahu............



~Biarlah segalanya berakhir sesuai rencana TUHAN~ <3