Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..
=)
Tuesday, 23 April 2013
Agent Transformation....
Setiap yang dilalui akan ada maknanya tersendiri..
Lawatan PMG minggu lalu mengajarku banyak perkara khusus untuk hati ini..kadang-kadang hati dan perasan juga fikiran sangat terarah kepada perasaan sendiri, perasaan ingin disayangi mahupun menyayangi..sehingga untuk memenuhi kehendak hati dan perasaan..aku seringkali datang kepada Tuhan dan berdoa untuk meminta, meminta dan meminta...lalu pada lawatan itu aku sangat tertegur..disaat aku menyembah, mata tertutup dan tangan terangkat..aku mendengar suara dalam hatiku.." untuk melihat pekerjaan Tuhan itu , kita tidak perlu tolong Tuhan...kita tidak perlu tunjukkan halatuju hidup kita kepada Tuhan, kerana Tuhan punya rencana sendiri" saat mendengar teguran itu, air mataku mengalir tanpa henti..selama ini kerana masalah perhubungan dengan si dia dan si dia..aku selalu mengeluh dan terasa sangat terbeban sehingga sukacitaku pergi..oh betapa saat itu hati terasa sangat sakit..jahatnya diri ini...akhirnya aku sedar aku tidak perlu bersedih atas semuanya ini kerana Tuhan punya rencananya sendiri kerna Dia tahu yang terbaik bagiku..asal saja kita menyerahkan segalanya kepada Tuhan, pasti Tuhan akan sentiasa menjawab dan menyediakan yang terbaik untuk kita khususnya diri ini..
Saat itu dan sejak itu aku mahu bertekad untuk terus teguh berdiri bersama pengharapan pada Tuhan..dan tidak akan sesekali bersedih atas apajua yang berlaku,, kerana Tuhan mengatakan bersyukur dalam segala hal dan bersukacitalah senantiasa kata Tuhan..:) kini apapun yang berlaku aku siap, aku terima apa juga rencana Tuhan dalam hidupku..segalanya kuletakkan di tangan Tuhan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment