Seringkali kita berangan-angan untuk mencapai satu tahap yang tertinggi dalam kehidupan kita..lebih-lebih lagi bila melihat orang sekeliling yang berjaya. Ada satu keinginan untuk mencapai segalanya..namun kerna keterbatasan kita seringkali gagal untuk melakukan yang terbaik..hidup dalam dunia menuntut kita untuk terus berjaya bukan saja dalam dunia namun juga dalam kerohanian kita. Diri ku seringkali mencuba untuk mebina segalanya agar seimbang namun ada beberapa bahagian dalam hidup yang buat diri ini gagal mencapainya...
Ada hamba Tuhan yang mengatakan objective kita dalam hidup bukanlah tentang menuju kematian sahaja..namun sebaliknya kita berusaha untuk berjaya dalam dunia ini kerna hidup inilah yang menggambarkan kehidupan kita yang akan datang.. tidak dinafikan kita selalu berfikir kemana hala tuju kita nanti, dan ada pula yang mengatakan segala harta tidak akan kita bawa masuk kubur..iya memang benar..tapi itu bukan bermakna kita tidak akan berusaha untuk hidup berjaya dalam hidup ini....itu bukan bermakna hidup ini adalah kesia-siaan, bukan bermakna apa yang kita capai di dunia itu tidak bermakna..tapi sebaliknya ia adalah satu usaha kita untuk terus hidup berhasil di dunia...
Dunia memang banyak pengaruh..di dunialah kita merasakan bagaimana mempertahankan sesuatu yang menjadi pegangan kita...itulah dunia.. namun satu yang aku tahu, dasar yang kuat adalah Tuhan Yesus..dalam hidupku, jatuh bangunku Tuhan Yesus tahu dan Dia peduli dan Dia juga yang menguatkanku..mungkin dalam bahagian-bahagian hidup ada yang buat aku gagal..namun Tuhan Yesus sentiasa menghiburkanku dan Dia selalu ada...itu imanku...Trima kasih Tuhan Yesus...
No comments:
Post a Comment