Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..

Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..
=)

Friday, 28 June 2013

Akhirnya...

Setiap permulaan diakhiri dengan pengakhiran...
Setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan...

ada orang bertanya..
"Kenapa perlu bertemu kalau hanya untuk berpisah? "

Hati ini punya jawapan..lebih baik tidak bertemu kalau hanya untuk berpisah..

namun muncul lagi dalam fikiran..
Bukanlah Tuhan katakan yang hidup pasti akan pergi juga? ertinya memang hakikatnya akan ada waktu perpisahan akan berlaku dalam kehidupan kita..

Siapa yang tidak pernah merasakan kesakitan apabila perpisahan berlaku?
Mungkinkah perpisahan itu setakat perkara biasa sehingga itu tidak memberi apa-apa kesan pada hati seseorang itu?
Diri ini merasakan perpisahan itu sebagai satu hal yang mungkin sudah Tuhan rencanakan..namun untuk tidak merasa sakit itu sangat mustahil..terutama bila dia yang pernah mencuri hatimu pergi meninggalkanmu sendiri..
kelukaan dan kekecewaan yang dialami sungguh besar kesannya dalam hidup ini...

Inilah waktu segalanya berakhir, inilah yang terbaik bagi dia dan aku...
Aku siap walaupun sangat terluka..
dulu setahun dua tahun tidak cukup menghapus rasa cintaku pada cinta pertama itu, lalu kini dia yang benar-benar membuka hatiku pula yang pergi meningggalkanku..setahun? dua tahun? tiga tahun? aku tidak punya jawapan..yang ada dalam hati dan fikiranku adalah hanya bersandar kepada Tuhan Yesus..aku sudah melangkah sejauh ini..mungkinkah Tuhan punya rencana indah dalam hidupku setelah ini? YA, aku tahu Tuhan sentiasa sediakan yang terbaik bagi ku..cuma ku pohon biarlah hati ini dapat dibentuk kembali..Jika Tuhan ciptakan aku dengan dia, aku percaya segalanya pasti tepat pada waktunya..dan kalau tidak, Tuhan Ku pohon berikan kepadanya seorang anakMu yang benar-benar hidup intim denganMu Tuhan, biarlah seseorang yang mampu membawa iman dia lebih dekat dengan Engkau....

Hidupku kini hanyalah tinggal aku seorang..dengan Tuhan Yesus yang menopang hidupku, aku mahu memuliakan Tuhan dalam seluruh hidupku kini, aku mahu menumpukan usahaku untuk membahagiakan ibu bapaku di kampung..aku mahu melupakan dia yang mengecewakan hati ini..aku mahu dan aku mahu..walaupun aku tahu kekuatanku terbatas..dan walaupun aku masih mencintainya namun aku tidak akan menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka..aku mahu mencari jalan hidupku sendiri yang Tuhan sudah rencanakan....

Tekad yang ada dalam hati ini adalah untuk pergi jauh dari dia, walaupun aku tidak sanggup, aku tidak dapat! maka dengan itu, Tuhan Yesus lah harapan hati ku..Oh Tuhan, berikan ku hati yang baru Tuhan..hati ini benar-telah hancur oleh cinta hati ini sendiri..berikan aku hati yang baru Tuhan..berikan aku hati yang baru..aku mahu terus mengasihi namun aku takut aku tidak mampu Tuhan...

Tuhan Yesus, mungkinkah satu masa nanti akan ada yang Kau berikan untuk merawat hatiku dan mengisi hati ini? Tuhan aku ingin meminta Tuhan..cinta kasih setia diri ini sangat berharga oh Tuhan, aku mahu memberikan cinta kasih hati ku ini pada si dia yang mampu menjaganya oh Tuhan.. aku inginkan dia yang percaya dan takut akan Engkau Tuhan..aku siap untuk menerima rencanaMu dan kejutan-kejutan yang Tuhan berikan..aku siap Tuhan....

Doaku untuk mereka, biarlah kehendakMu yang jadi Tuhan..

Amen....