Bersabar dan bersabar bukanlah satu hal yang menjadi kebiasaan bagi semua orang, apalagi untuk menjadi hal yang senang untuk dilaksanakan dalam kehidupan. dalam seharian, banyak perkara yang memerlukan kesabaran setiap manusia..sabar untuk berhadapan dengan banyak perkara yang menyakitkan, sabar berhadapan dengan individu yang mungkin bagi kita agak sukar difahami, sabar menunggu order makanan, sabar menanti bas tiba, sabar menanti nasi masak juga sayur yang dimasak..dalam kehidupan sehari aku juga demikian...
Banyak orang mengatakan "Sabar itu separuh daripada iman"..wahh, sungguh dahsyat..! maka difahami disini adalah, untuk menyempurnakan iman itu, sabar adalah salah satu perencah yang perlu disatukan dengan nilai-nilai moral yang lain yang akhirnya akan bersatu menjadi satu perkataan iaitu iman, dan tanpa kesabaran tiadalah iman. Kedengarannya sangat tepat, sabar itu perlu untuk menyempurnakan iman! namun mari berfikir, iman itu hanya separuh daripada iman? mungkinkah 10% daripada iman itu berasal dari sabar? atau 20% atau 30% ? ertinya sabar itu kelihatannya tidak begitu tepat dan tidak begitu penting dalam iman, sepertinya nilai sabar itu boleh dinilai seberapa sahaja yang kita ingini..bukan begitu? tunggu dulu, lalu kalau sabar itu hanya separuh dan keberadaan nilai sabar itu tidak ditekankan dalam iman, lalu iman itu hanya ada 10 % kesabaran? 20% kesabaran ? TIDAK. Sabar adalah 100% IMAN. Iman adalah sabar dan sabar adalah iman.
Memang banyak hal yang perlu kesabaran kerana itu imanmu, kenapa kita perlu bersabar?
1. Sabar menunjukkan iman kita pada Tuhan Yesus. kenapa? disaat kita bersabar, kita mengimani bahawa akan ada masa yang Tuhan sediakan untuk kita.
2. Sabar membuatkan kita setia untuk menunaikan tanggungjawab kita. Kenapa? apabila kita setia pada yang satu, tanggungjawab kita juga tetap akan dijalankan. Namun bila kesabaran tidak ada, kesetiaan bila-bila sahaja akan dimungkiri.
3. Sabar membawa kita kepada Kasih Yesus yang kekal. kenapa? kerana sabar menghindari kita dari pertelingkahan.
4. Sabar manjanjikan bahawa Tuhan Yesus melihat kesungguhan kita. kenapa? dengan sabar dan doa, Tuhan akan menjawab doa kita tepat dan indah pada waktunya.
5. Sabar dapat mengajar kita untuk bersyukur dengan apa sahaja. kenapa ? kerana ia mampu menenangkan hati dan kemarahan kita.
BERSABAR adalah hal baru yang Tuhan ajarkan untukku, seperti satu nasihat daripada ibuku..jangan pernah menentukan masa untuk Tuhan berikan apa yang kau perlukan, Tuhan punya masanya sendiri untukmu" aku mengimani kesabaranku dan akan setia sampai pada waktunya...:)
Tuhan memberkati~
No comments:
Post a Comment