Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..

Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..
=)

Friday, 20 September 2013

Doaku...

Bapa...aku datang Bapa...
saat ini aku datang dihadapanMu bersama hati yang rendah dan berserah kepadaMu Bapa..
Bapa, ampunilah pelanggaran-pelanggaran yang aku lakukan dalam kehidupan sehariku yang membuatkanMu menangis..ampuni aku Bapa..ampuni aku...

Bapa, saat ini hati ini dan diri ini punya beberapa persoalan dalam hati yang menyesak dada dan fikiranku...
Bapa, tidak ada tempat lain aku mengadu Bapa, tidak ada yang mampu mengerti segala apa yang aku alami...namun Bapa aku tetap bersyukur kerana hingga pada saat ini aku masih mampu tersenyum dan merasakan kasihMu dalam hidupku, aku tahu Bapa, Engkau tidak akan pernah lepas tangan dalam hidupku..terima kasih Bapa...

Bapa, dalam hidupku ada insan-insan yang Bapa telah kirimkan untuk menjadi sebahagian dari hidupku..Bapa, semua individu tersebut pastinya punya peranan mereka dalam hidupku yang Engkau telah tentukan..terima kasih Tuhan.. Bapa, individu yang paling terdekat denganku ada keluargaku yang terkasih..Tuhan, rencanaMu dalam keluargaku ternyata sangat luarbiasa, Bapa terima kasih kerna memilh keluargaku untuk menjadi satu keluarga yang setia melayani Engkau, maka itu Tuhan aku berdoa khusus untuk ibu bapa ku, abang dan kakakku yang berada jauh daripadaku pada masa ini...Bapa, aku sangat mengasihi mereka Bapa dan aku percaya cinta kasihMu lebih dalam lagi untuk mereka..maka Tuhan kiranya kasih karunia, berkat pimpinan yang dari Tuhan sendiri akan sentiasa mengejar mereka dalam apajuga pekerjaan mereka..terima kasih Tuhan..

Bapa, insan-insan yang bergelar teman untukku ternyata tidak terhitung jumlahnya..teima kasih Tuhan kerana memberkatiku dari segi teman-teman yang sentiasa memahamiku..Bapa, mereka yang kusayangi sebagai teman kini punya halatuju masing-masing dan impian mereka sendiri..Bapa, aku berdoa Bapa Kiranya kasih penyertaanMu sentiasa bersama mereka, pimpin hidup mereka agar mereka berjalan dijalanNya Tuhan..ku mohon Tuhan agar Kau jamah setiap hati yang pada saat ini sudah semakin hanyut dengan arus dunia..persiapkan hati mereka untuk berhadapan dengan apajua kemungkinan yang berlaku dalam kehidupan mereka... Bapa, dia yang aku sayang sekarang mungkin  dan ya sudah semestinya sedang bahagia bersama pilihannya..aku bersyukur dengan segala yang terjadi dan menerima segalanya dan merelakan semua itu berlalu..Bapa, komitmenku untuk pertahankan apa yang aku inginkan masih ada dalam hati ini, namun Bapa aku siap untuk benar-benar Engkau pakai untuk menjalani hidup sesuai dengan rencanaMu dan kehendakMU...seluruh hidupku kini aku siap Bapa..aku siap menerima segala... jauh dalam hati ini dan aku tahu Bapa mengetahui bahawa aku berharap mereka yang aku sayangi akan benar-benar merasakan kasih Tuhan dan memilih jalan yang benar-benar dalam rencana Tuhan.....

Ini doaku Bapa...aku percaya lebih daripada ini Bapa tahu apa yang bergumul dan berbicara dalam hati ini..ya Bapa, aku siap Bapa.. aku percaya waktuMu tepat dan pasti indah pada waktunya...

DALAM NAMA TUHAN YESUS KRISTUS, AKU SUDAH BERDOA..

AMEN..

No comments:

Post a Comment