KITA ..~
kita ini siapa..?
terutamanya aku...
Siapa Aku?
Semestinya aku adalah siapa namaku yang tertulis di kad pengenalan..
dan semestinya anda adalah siapa nama anda sebenarnya..
NAMUN..
Siapa aku dimata orang disebelah bilikku..?
Siapa aku dimata teman-temanku..?
siapa aku dimata teman sekelasku..?
siapa aku dimata lecture dikelasku..?
siapa aku dimata orang-orang dikampung ku..?
dan...
siapa aku dimata lelaki kacak itu..?
siapa aku dimata lelaki yang menjadi igauanku..?
siapa aku dimata ketua menteri Sabah..?
siapa aku dimata perdana menteri Malaysia..?
serta...
Siapa aku dimata DUNIA..??
Semua itu langsung tidak berkenan dihatiku..kerana yang pasti..
Siapa aku dimata TUHAN YESUS...??
Adakah aku sebuah batu keras yang susah dibentuk..?
Adakah aku benih yang tidak pernah tumbuh..?
Adakah aku sebatang lilin yang tidak pernah bersinar..?
Semua pertanyaan inilah yang sentiasa kupegang dan aku ingin menjawabnya sesuai dengan apa yang Tuhan inginkan dalam hidupku..
Aku adalah becana yang siap dibentuk...
Aku adalah benih yang akan tumbuh subur, berbuah, dan buahnya akan dinikmati oleh orang lain..
Aku adalah lilin yang akan sentiasa bersinar menerangi kegelapan..
Aku mahu menyenangkan hati Tuhan Yesus dalam seluruh bahagian hidupku...
Aku mahu menjadi tanah liat yang mudah dibentuk mengikut kehendak Tuhan...
semua itu bagi kemuliaan-Nya..
terima kasih Bapa...
Inilah aku ~ Juprinika ~

