Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..
=)
Friday, 19 July 2013
20 July 2013
Bapa..hari ini aku memikirkan akan rancanganku dalam masa terdekat ini Bapa..ternyata banyak hal yang tidak mampu untuk aku gapai menggunakan kekuatan aku sendiri..perancangan hidupku, apa yang akun inginkan dan juga teman-teman sekelilingku..aku tahu Tuhan , mereka juga butuh sesuatu dalam kehidupan mereka.. lalu aku seolah-olah mahu jika apa jua yang Bapa berikan dalam hidupku atau rancanganku, perbuatlah juga demikian kepada mereka....
Bapa...aku selalu mengingati mereka yang aku sayang..adakah mereka sihat-sihat saja, adakah mereka punya masalah saat ini..dan kadang-kadang aku terlalu memikirkan mereka hingga aku terlupa..aku juga punya banyak persoalan....
adik-beradikku Tuhan...aku tahu dengan jarak yang jauh tidak mungkin untuk aku melihat dan memerhatikan mereka samada meraka hidup sesuai kehendakMu atau tidak, samada mereka punya masalah atau tidak..aku tidak tahu..tapi aku mahu datang kepadaMu..berkati mereka...lindungi mereka..pegang tangan mereka dimana sahaja mereka berada ketika ini....
Bapa, teman-temanku...ada yang masih bersekolah dekat dan jauh, ada yang sudah bekerja, ada yang masih mencari pekerjaan, dan ada juga yang sedang dalam praktikal sekarang, terima kasih Tuhan kerna Engkau selalu menyertai mereka....bagi tema-temanku yang masih bersekolah tidak kira jauh mahupun dekat kiranya kasih penyertaanMu Tuhan berserta mereka..insan yang ku sayangi dibumi kenyalang saat ini Tuhan, aku letakkan keberadaan dia dalam tanganMu, mungkin dia punya masalal , persoalan dalam pelajaran dia, family dia, dan juga perhubungan dia secara peribadi..ku mohon Bapa, sertai dia. lindungi dia, berikan dia kebijaksanaan dalam mengambil keputusan dalam kehidupan dia...Bapa temanku yang sedang bekerja, ada yang bekerja sebagai auditor, sebagai lecturer, sebagai businessman, dan apapun juga pekerjaan mereka, beri mereka extra kekuatan Bapa, agar mereka dapat menjadi terang dan garam dalam pkerjaan mereka..berikan mereka kesabaran dan kecekalan dalam berhadapan dengan pelbagai kerja yang perlu mereka selesaikan..juga Bapa, aku punya teman yang sedang praktikal disebuah sekolah di Kuala Lumpur, aku yakin Bapa,bahawa Engkau menempatkan dia disana atas satu rencanaMu yang indah bagi dia untuk dia belajar.dan kini syukur dia sudah melihat rancanganMu dalam kehidupannya..walaupun kami sudah jarang bersama-sama berkongsi akan kasihMu dalam kehidupan kami berdua tapi saya percaya Bapa akan tetap bersama dengan dia sampai selamanya..:)
Diri ini Bapa, tiada yang dapat mengenali diriku yang sebenarnya kecuali Bapa disyurga..Bapa, Engkau tahu pergumulanku, prsoalanku, masalahku...semua Engkau tahu Bapa..maka aku ingin meletakkan seluruh hidup ini hanya untukMU..biarlah kehendakMu yang jadi dalam hidup ini Bapa...aku siap dan aku bersedia untuk apajua rencanaMu....:)
Amen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment