Keraguan..
dalam perhubungan...dia dan awak...dia dan aku...
Mengapa selalu ada keraguan yang membuatkan hati terasa seperti dicalar-calar? mengapa? mengapa?? dan mengapaa??
keraguan adakalanya memang satu kebocoran pada kepercayaan bila disaat keraguan muncul, maka kepercayaan itu semakin kurang....
Salahkah untuk merasa ragu ??
pada realitinya perasaan ragu itu memang ada, memang wujud ...Untuk apa Tuhan menjadikan manusia dengan adanya perasaan ragu jika akhirnya manusia menyesali apabila merasa ragu...tapi hakikatnya adalah ia berbalik kepada individu itu sendiri... bagaimana perasaan ragu itu mempengaruhi dirinya..samada dalam perspektif yang negatif ataupun positif ?
Untuk ragu itu biasa..namun harus berfikir bahawa ragu yang berlebihan dapat menjatuhkan diri sendiri, dapat mempengaruhi mood diri secara keseluruhan dan dapat merosakkan hubungan..
saling percaya adalah kunci untuk tidak merasa ragu..saling percaya nyatanya dapat menjadi satu semangat dalam diri...
semua orang seringkali mngatakan bahawa kepercayaan itu penting dalam hubungan masing-masing..bukan hanya dalam mempercayai dia yang istimewa , tetapi juga pada teman-teman, keluarga dan juga mereka yang turut meletakkan kepercayaan kepada kita...kepercayaan dapat mendorong untuk saling membantu disaat ada masalah..
Tapi...soalannya...
BUKANKAH BILA TERLALU PERCAYA AKAN MEMBUATKAN HATI TERLALU BERHARAP? dimana bila kekecewaan yang sedikit akan menyebabkan luka yang besar ??
BUKANKAH SEPATUTNYA MASING-MASING MEMBERIKAN KOMITMEN YANG SUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENJANJIKAN BAHAWA KERPERCAYAAN YANG DIBERIKAN ITU ADALAH TIDAK SIA-SIA??
karena untuk apa percaya jika masing-masing tidak memberikan satu kepastian pada besarnya dasar kepercayaan yang diberikan??
Jawapannya pasti ada dalam hati masing-masing...
Untuk merasa ragu-ragu itu memang ada...
tapi untuk setengah perkara..itu tidak bermaksud bahawa kepercayaan itu tidak wujud, kurang mahupun langsung tidak percaya.....
tapi adalah karena perasaan cinta dan sayang melebihi apa yang sepatutnya logik difikir.....mungkin itu satu hal yang tidak "sihat" bila fikiran seolah-olah 100% dikuasai oleh perasaan sayang atau lebih difahami sebagai Fanatik pada cinta...namun itu normal...manusia memang dicipta untuk saling mencintai dan ingin dicintai...
Merasakan semua itu adalah pergumulan sendiri..bila hati sendiri terasa sakitnya, maka betulkan itu dengan semangat dihati..bukan kerna hal itu..seluruh aspek hidup juga terpengaruh...
Tanamkan dalam hati untuk sentiasa percaya dan kurangkan keraguan..kerana sakitnya ragu itu tidak akan pernah terungkapkan..dan sakitnya bila kepercayaan itu diruntuhkan tidak akan pernah terfikir bagaimana sakitnya.....
Yang nyata satu keraguan bukanlah satu kecacatan pada kepercayaan..namun ia adalah kerana satu perasaan yang sangat susah untuk diungkapkan........
~sungguh ku percaya, sungguh ku ragu..kerana ini cintaku ~
No comments:
Post a Comment