Persahabatan..
Persahabatan tidak dilihat pada baiknya sahabat itu...
persahabatan bukanlah sahaja bila sahabat selalu ada bila si teman berada dalam kesusahan..
persahabatan juga bukan sahaja bila kita saling mendoakan antara teman...
tapi persahabatan adalah sejauhmana kita memahami teman itu dan sedia berada disisinya disaat bila dia sedih, berdoa bersamanya dan itu hanya dapat dicapai bila kesefahaman yang sama dicapai...
Ada persahabatan yang sudah lama terjalin, 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, dan adakalanya bertahun-tahun..tapi apabila seorang teman itu tidak dapat memahami temannya yang disebabkan oleh pemahaman yang berbeza...maka peprsahabatan itu hanyalah dikatakan persahabatan pada sebelah badan...
Kenapa dikatakan begitu?
Kerana sepatutnya sahabat adalah seorang yang sentiasa berkongsi suka dan duka bersama sahabat tidak kira dukanya pada hal yang menyakitkan, contohnya kekecewaan, kesakitan, ketidakpuashatian, tekanan yang diterima dari pembelajaran, juga pada dugaan dan cabaran hidup yang mungkin berasal pada spiritual atau lebih dikenali sebagai rohani/ kepercayaan/iman/ dan pegangan.. sahabat juga adalah yang sentiasa berkongsi sukanya, gembiranya sahabat itu yang mugkin disebabkan kegembiraan, kejayaan,kasih-sayang dari orang lain,,dan juga pada penyertaan Tuhan dalam hidupnya....Teman ataupun sahabat adalah mereka yang dapat memahami keseluruhannya...
Betapa besar kasih Tuhan dalam hidup kita, betapa Dia mengasihi saya dan saudara, betapa setiap saat hidupku adalah untuk Tuhan, betapa saya ingin melayani Tuhan selama-lamanya..! hal itu yang ingin kukongsikan pada insan atau peribadi bergelar SAHABAT.. namun hidup didunia ini banyak perbezaan yang kita temui, banyak hal yang saling bertentangan..oleh itu hal seperti ini sebenarnya harus dikongsikan walaupun berbezaan sangat ketara.... namun...segalanya hanya dalam hati...
Persahabatan yang baik dengan teman-teman sekeliling yang punya hati fikiran yang sama adalah persahabatan yang melebihi segalanya.....pasti ! kerna pengharapan pada persahabatan itu adalah berdiri pada dasar yang kukuh, dan benar!
Tanpa persahabatan siapalah kita, tanpa teman dan sahabat siapalah kita.....tidak salah punya perbezaan antara teman dan tidak punya pemahaman, hati fikiran yang sama...namun pada hakikatnya perbezaan itu telah membina satu jurang yang sangat besar dalam persahabatan yang bila-bila akan runtuh..maka itu..bijaklah bersahabat dan HARGAILAH SAHABAT YANG BERDIRI BERSAMA ATAS DASAR YANG BENAR DAN SAMA...
Shallom..Tuhan Yesus memberkati ~
No comments:
Post a Comment