Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..

Only Fear The Lord I can Live Life the Fullest..
=)

Sunday, 18 November 2012

MASA LALU....


Kadang-kadang apa yang kita lalui dulu ada masa akan terimbau difikiran kita..
ada masa kita akan diam dan merenungkan kembali..
kadang-kadang ada perkara yang kita sesali, ada perkara yang sedih,ada perkara yang menggembirakan...dan..
masa lalu itu kadang-kadang juga menentukan siapa kita yang sebenar pada masa kini..

Bagaimana kita ke sekolah, bagaimana kita bersikap sangat kebudakan-budakan yang nyatanya sangat nakal, bagaimana kita selalu berangan-angan, bagaimana kita selalu melawan cakap ibu bapa dan bagaimana keseluruhannya kita menghabiskan masa sewaktu masa lalu..


Yang pasti banyak orang punyai masa lalu yang berbeza-beza..itu adalah dari segi persekitaran mereka..bagi yang tinggal dibandar dan dikelilingi kemewahan pastinya masa lalu mereka hanyalah enjoy sahaja, dan bagi yang tinggal dikampung dan serba kekurangan pastilah ada pelbagai cabaran hidup yang dialami....


Ada seorang budak perempuan dahulunya sangat lincah, kuat berkata-kata, selalu ketawa dan nyatanya sangat disayangi oleh keluarganya, walaupun hakikatnya budak perempuan itu sangat nakal, suka berlawan bersama kakaknya yang sangat lemah-lembut tapi nyatanya dia sangat disayangi..bila budak itu tidak dapat apa yang dia inginkan pasti dia akan merajuk dan apa-apa yang ada didepannya akan dibuang.....

Betapa gembiranya budak itu bila kehidupannya dipenuhi dengan dunianya sendiri...

Disekolah, dia selalu mendapat keputusan yang cemerlang..setiap kali pertandingan bercerita dalam bahasa melayu, english dan dusun..pasti dia akan mendapat tempat pertama keseluruhan pertandingan itu, bukan itu saja..malah apa-apa pertandingan lain seperti bernyanyi, sukaneka, berlakon, menari semua menjadi habuan si budak perempuan itu...baginya satu kepuasan bila dia mendapat hadiah...dalam sukan juga pelajaran dia sentiasa mendapat perhatian.. dan semua yang dia capai waktu itu sebenarnya bukan datang secara tiba-tiba tetapi adalah berasal dari usaha dia sendiri...dan yang pasti keluarga yang sangat mendorong adalah satu kelebihan yang dia ada... ibu bapanya walaupun serba kekurangan, tidak mampu berikan apa-apa yang budak itu inginkan tapi nyatanya ajaran dan didikan serta dorongan untuk sentiasa mendapat yang terbaik dalam apa jua hal adalah tidak putus-putus dari ibu bapanya... setiap kali waktu tidur, si ayah akan bercerita dengan budak itu..ceritanya adalah cerita dongeng yang sangat menarik..oleh kerana sudah menjadi kebiasaan budak itu maka dia tidak dapat melelapkan mata selagi tidak mendengar cerita dari si ayah..cerita-cerita dongeng yang didengarnya itu membentuk satu daya imaginasi yang sangat kuat dalam pemikiran bdak itu sehingga dia seperti dapat melihat didepan matanya cerita yang ayahnya ceritakan..setiap malam pasti ceritanya berbeza-beza,,hinggalah satu ketika apabila si ayah diambil bekerja sebagai pengawa keselamatan disekolahnya, ayahnya terpaksa bermalam di sekolah dan tiada lagi yang akan menceritakan kepada budak itu cerita-cerita dongeng, budak menangis dan menangis..si ibu mendapat idea untuk bercerita kepada budak itu lalu ibunya pun bercerita kepada budak itu mengenai cerita yang berasal dari alkitab..ibunya menceritakan tentang Tuhan Yesus, bagaimana Tuhan Yesus dan zakeus, bagaimana Tuhan Yesus telah lahir, bagaimana perumpamaan si penabur benih dan sebagainya...budak itu sedar bahawa cerita ibunya berbeza dengan ayahnya dan bila dia bertanya kepada ibunya..ibunya menjawab " apa yang bapa kamu cerita itu tidak benar, hanya rekaan semata-mata, tapi apa yang mama ceritakan ini benar-benar wujud " waktu itu budak itu tidak faham dan hanya diam sahaja......


Kisah lalu yang dilalui oleh budak itu nyatanya menghasilkan buah hingga masa kini..budak itu mengimbau kembali masa lalunya yang dipenuhi dengan kegembiraan..walaupun ada pahitnya..namun dia tetap kuat berpegang kepada apa yang diajarkan oleh ibunya...


Nyatanya masa lalu sangat membentuk kita tidak kira dari segi pemikiran tapi juga dari segi rohani kita..walaupun usia semakin meningkat dan semakin banyak cabaran hidup kita namun pasti ada masanya masa lalu itu menguatkan kita secara peribadi...

No comments:

Post a Comment